Tuesday, April 7, 2009

Syukur Kehadrat Ilahi dan Selawat ke atas Junjunga Mulia....

Bersyukur atas kemenangan dan bersyukur juga atas kekalahan kerana ada juga sokongan walalupun tak menang!

Kalah menang tetap Ujian Allah bagi orang beriman, menang bukan kerana ramai tapi menang kerana pertolongan dariNya...
Sentiasa cermin diri dan betulkan niat serta pegangan akidah, i.Allah kemengan berpihak kepada Islam..

Paksu dok tunggu tv tadi,maklumlah internet sini poblem sikit..pakai broadband beselah!
tunggu punya tunggu tak muncul...engatkan dah da gempa bumi apa kat Bukit Gantang dan Bukit Selambau, paksu dah agak dah...memang jangkaan paksu tepat sama sekali.
tapi yang sayangnyer...masa paksu terbuang begitu saje dok tunggu keputusan,sume tv senyap gempita...yang ada sikit bicara hanya tv1, yang sakit hatinya tv1 leh dengar suare jerr...gmbar tak nampak kat paksu ni..aduih...lame tunggu kuar la "mungkin" bakal TPM kita yang juga tak pandai nak dreber Malaysia, beliau ucap tahniah kepada dua calon kat Bukit yang menang...
rasa rugi masa terbuang kalau tunggu RTM TV3 TV7 TV9 TV8,
tunggu tv Malaysia..org lain dah sampai seberang,
kita baru merangkak nak turun tangga...
Sume TV malaysia ni masih tak ubah perangai lame...
kalau anda nak maju masa sekarang,
pakailah internet explore dunia.


Jepun sudah tidaa,
Britishpun sudah balik negara depa,
TV Malaysia yang tak berharga dok main modal lama,
tiada kredibiliti penyiaran, maruah negara terhina!

Jaga lidah, baiki diri, cermin diri!

Friday, April 3, 2009

PERINGATAN JUGA TENTANG BAHAYA WAHABI DI SAMPING SIBUK KEMPEN POLITIK!

Paksu teruja dengan suasana kempen PRK yang berlangsung ni sehingga sikit terbias dan lari dari tujuan asal paksu wujudkan web ni iaitu ingin cermin diri, baiki diri, jaga lidah serta selamat dalam perjalanan dunia yang penuh pancaroba ni. Tapi tak salah,politik juga sebahagian dari wadah perjuangan, cuma kita terkeliru bila mana ramai pihak-pihak tertentu juga media yang mensekularkan pemikiran kita yang mana memmberitahu bahawa agama dan politik suku.

Disampin bahaya pemikiran sekular ini, antara bahaya lain yang kian merebak dalam masyarakat kita hari ini adalah golongan Wahabi yang bergerak ke surau-surau dalam menyampai ideologi sesat mereka yang menyamakan Allah dengan makhluk.

Sama-sama kita memantapkan pegangan akidah hak yang satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak sama sekali menyamakan Allah dengan makhluk-makhluknya.

Sucikan hati, betulkan niat dalam menuntut ilmu, pastikan Iman kita sentiasa teguh dalam melayari bahtera kehidupan ini.

pergerakan terbaru wahabi sesat boleh didapati maklumat dari ustaz kita di al-subki.blogspot.com

semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi...

Jaga lidah, baiki diri, cermin diri!

PRK Bukit Gantang P059

Selama 24janm lepas paksu melayari internet ingin melihat sejauh mana kehangatan PRK kali ni terutama kawasan P059.

Bloggers sekarang sudah mula main peranan dengan terjah situ sini mencari bahan.
Pada tinjauan blog-blog yang membuat liputan majoriti sekarang pada pandangan mereka memihak kepada PR.

Suasana di tempat ceramah seakan di PRK K.Terengganu yang lepas yang menyaksikan kekalahan buat BN.

dalam paksu ghairah melayari komen-komen dari bloggers, ada la paksu jumpa liputan ni dari bloggers...antara cara kempen calon di sana...
yang terkejut paksu AL-Fadhil Ustaz Haji Zahid Hamidi pun ada...

kita perlu engat..matlamat tak menghalalkan cara...

takpelah...same-sama kita cermin diri!



http://www.youtube.com/watch?v=C1POW2-_G4M&feature=player_embedded


Mungkinkah sejarah PRK K.Terengganu akan berulang pada PRK kali ini?
sama-sama kita nantikan....

Jaga lida, baiki diri, cermin diri!

Kesian dengan Pas

Setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi mampu untuk bersua kembali.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita Saidina Muhammad S.A.W.

Poksu kurang berminat sebenarnya nak komen pasal politik tapi terasa hiba dan kesian tengok situasi politik sekarang terutama 3 PRK yang sedang hangat sekarang.
Sama-samalah kita renung.....apa nak jadi dengan negara kita? apa nak jadi dengan politik kita?
Pada pandangan dan pengamatan paksu terserlah sangat pihak pemerintah rakus menggunakan kuasa dalam nak menang pilihan raya kecil kali ni.

Harakah dan Suara Keadilan sudah ditarik permit.
Sekarang, ceramah pulak dipendekkan waktunya, hanya boleh berkempen sampai pukul 11mlm sahaja,
Ada pulak anggota penjawat awam seperti FRU tolong jaga orang BN pasang poster pulak, apa nak jadi ni???

Sebab hiba dengan keadaan, paksu upload la poster Pas tu sebagai usaha yang termampu nak tolong kempen atas belas ihsan.

Jaga lidah, baiki diri, cermin diri!

Thursday, April 2, 2009

Akhirnya Pak Lah Bersara...Terima Kasih Pak Lah!

Jasa-mu tetap dikenang....

Pak Lah Perdana Menteri Ke-5,
Islam Hadhari antara idea peninggalannya,
Dato Seri Najib mengganti PakLah yg sudah bersara,
Mungkinkah Islam Najibi pulak yang bakal menjelma?

Semoga Malaysia terus kehadapan dengan aman, selamat dan harmoni dibawah landasan keredhaan Ilahi...

Terima Kasih Pak Lah...

Jaga lidah, baiki diri, cermin diri!

Perdana Menteri Malaysia Baru

Apa pandangan kita tentang bakal perdana menteri Malaysia yang baru?
Saya percaya pada pandangan masyarakat ramai yang lebih suka dan teruja dengan seorang pemimpin yang berpewatakan baik serta bersih dari segi fizikal, mental, zahir, dan batin.
Adakah bakal perdana menteri kita begitu?
Anda mungkin ada pandangan sendiri…
Sama-samalah kita berdoa semoga Malaysia yang kita sayangi sentiasa maju serta berdaya saing dengan kepimpinan yang bersih dan terserlah serta terbukti kebersihannya….

Jaga lidah, baiki diri, cermin diri!!!

Pilihan Raya Kecil 7April2009

Kerancakan pilihan raya kecil kian hangat bahangnya menjelang hari penetuan pada 7April nanti.

Siapa bakal menang??? Rakyat yang akan menentukan pilihan!!

Projek kilat mungkin akan terus ditabur kepada rakyat…

Apakah projek yang menjadi pilihan utama kita?

Apakah tanggunjawab kerajaan kepada rakyat?

Mengertilah……..Projek jalan, air, elektrik dan apa sahaja kemudahan asas yang diperlukan rakyat adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah hatta kerajaan komunis sekalipun mereka menyediakan kemudahan ini semua kepada jajahan takluknya.

Kalau projek menjadi isu utama, adakah jika ditakdirkan bertukar kerajaan,kerajaan yang baru tersebut akan merobohkan semua projek yang telah sedia ada? Tidak akan ada lagi kemudahan-kemudahan tersebut?

Rasanya pilihan raya kali ini ada sedikit tidak kerataan padang pertempuran, seperti kebiasaan memanglah media arus perdana memainkan peranan…tapi kenapa Harakah dan Suara Keadilan yang yang menjadi media utama kepada pembangkang tiba-tiba ditahan penerbitan???

Kalalu kita perhatikan komen tokoh akademik antara faktor kekalahan dan perubahan rakyat menyokong parti pembangkang pada Mac2008 yang lalu adalah kerana keterlaluan media arus perdana berkempen membantu calon parti pemerintah..menggambarkan kesucian calon tersebut..apakah sekali lagi factor itu akan menjadi antara penyebab kekalahan mereka??

Sama-sama kita tunggu dan lihat serta berdoa semoga calan yang berkredibiliti dan berkemampuan serta betul landas perjuangan akan Berjaya memimpin dengan izin yang Maha Esa.

Sebelum anda mengundi,

fikir bulat-bulat,

jangan timbang-timbang,

Pasti cerah masa depan!

Jaga lidah, baiki diri, cermin diri!